Saturday, January 7, 2012

Loopy Felt Flower

Ok this is my first attempt to do a tutorial. Ini pun belajar dari website2 lain jugak.

So first, this is what we call 'loopy felt flower'. So kalau korang google ni mmg akan kuar macam-macam gambar this kind of felt flower.  So first and foremost, get yourself a felt of course. Oh you can change it to other material if you like. Some website use a recyclable paper / magazine, newspaper etc2.


Then cut the felt approx. 1 inch strip.

Ada garisan kaler kuning kalau korang perhatikan. Itu sebenarnya sebagai guideline saya setakat mana saya akan potong felt tu nanti.


Kemudian, potong-potongkan felt tu dari satu hujung sampai habis. Now itu kegunaan garis kuning tadi tu hehehhe


 Sekarang masa untuk kita menembak menggunakan gam sebagai peluru hohoho Jadi gamkan pada satu hujung dahulu. Saya cantumkan 2 jalur felt untuk dapatkan bunga yang lebih kembang. Lagi kembang lagi lawa.


Fahamkan maksud saya. Cantumkan 2 jalur felt.


Kemudian kamu boleh menggulung felt tadi. Tapi sebelum tu gam dulu bahagian hujung kat mana yang kamu nak mula gulung supaya ia akan melekat dengan kuat dan kemas masa korang mula nak gulung nanti.


Ok sekarang dah boleh start menggulung sampai habis ye.


Masa menggulung tu, korang boleh la gam kat certain tempat untuk pastikan gulungan tu kemas.


Bila dah sampai hujung, gamkan lagi.


Akhirnye siap juga. Tapi sebelum tu gubah-gubah sket supaya bunga felt tu jadi kembang. Barula cantik.


There you go, 2 contoh rupa bunga felt tu nanti. Harap korang faham la ye. Selamat mencuba.

Ok mahu tido....

Tuesday, January 3, 2012

Azam baru???

Selamat Tahun Baru 2012!!!

Kalau nak ikutkan kira-kira saya yang handal jugak la matematik masa sekolah menengah dulu hohohoho, tinggal lagi 2 bulan 1 minggu sebelum saya akan betul-betul percaya yang saya akan jadi isteri seseorang. 

Perasaan sekarang???? Tak tau nak describe camne sebab sekarang tengah sibuk prepare pape yang patut. Agak slow & steady jugak la sambil makan-makan angin hehehe Tengah fikir ape lagi yang tak setel. 

Kalau berdasarkan mereka yang dah berkahwin sebelum saya, ada yang kata berdebar-debar. Tapi saya macam tak percaya yang ianya akan berlaku juga. Saya akan habiskan masa-masa saya dengan lelaki yang saya sayang!!!! :D Okay sekarang tengah bergenang air mata ahahahaha poyo.  

Yes hope that this year will be a great year for both of us. Will always be beside you through thick & thin. 

okay sambung buat kerja hehehehe

Tuesday, December 13, 2011

Pillowcases

Tengah-tengah buat kerja lagha (bloghopping ler tu) tiba-tiba jupe link to these item. Amat-amatlah menarik hatiku huhuhuhuhu


Cantikkan!!! Boleh la buat idea lagi hehehehe

Sepasang for RM45!!! Bolehla buat sebagai deko untuk bilik pengantin. They also made a custom-made t-shirt for the bridegroom. Boleh tgk la kat link di atas ye.

Some pictures from the blog



Sukeeeeee :D

Tuesday, November 29, 2011

Akan jadi atau tidak?


Kind of like this. But not sure whether it can look alike huhuhu
Tak salahkan kalau saya tak mahu baju pengantin yang tak extraordinary. 
Sebab saya fikir baju tu saya akan pakai lagi so might as well buat baju yang simple. 

Saya memang tak berharap ianya akan jadi seperti yang saya imaginekan.
Start dari tak dapat kain yang diinginkan. 
RM 135 semeter. 
Bayangkan nak beli kain camtu dalam kuantiti 4meter!!!!

Saya cume berharap saya tak sedih untuk memakainya apabila dah siap.
Berharap jela keajaiban akan berlaku huhuhuhu

Okey survey untuk tailor baju pengantin lelaki pula.

Friday, November 18, 2011

Idea #3


Idea..idea...
Sekarang saya sungguh teruja untuk buat semua d.i.y tapi tak terlalu awal ke???

Idea #2


This is great. New idea as one of the hantaran. 
But obviously i won't do exactly like this. -kerastangan-. 

Wednesday, November 16, 2011

Scrap@perclip Giveaway

This is my first ever participate in giveaway. Nak masuk sbb nak barang free hehehehe. Sape la yang tak ak barang free kan. Kemudian biasanya kalau giveaway mesti ada kena buat entri kreatif-kreatif, ayat berbunga-bunga, tapi saya bukanlah orang yang pandai berkata-kata hatta bukan muka-muka comel untuk menagih simpati hahahaha

Sebab nak kahwin pastu mengidam plak nak ada guestbook hohohoho koya kan, tengok orang lain buat pun nak ikut jugak hehehe At least ada guestbook ni orang yang ada akan tinggalkan pesan ataupun ucapan selamat kepada pengantin. Mana yang tak sempat jumpa pengantin ke (sebab pengantin super busy di hari bersejarah) boleh la tinggalkan ucapan so that pengantin tahu si polan ni datang kenduri dia.

Lepas dah abis kenduri pengantin boleh la belek-belek balik guestbook dan baca ucapan-ucapan pastu gelak la puas sorang-sorang hohohoho

So guestbook dari scrap@perclip ni amatla unik dan kreatif. Korang bleh tengok kat link yang diberi. Nak paste contoh gambar kat sini takut tak dapat permission dari tuan empunya blog silap-silap kena sama ehhehe

Tidak-tidak dia tidak sekejam itu kalau tidak takkan lah dia akan buat giveaway sesenang ini kan ehhehe (ayat bodek disitu) So how to join this giveaway?

1. Be a follower Scrap@perclip --------checked
2. Post an simple entry regarding this giveaway ----- checked
3. Leave a comment & your entry url link in the comment box ----pasni baru nak buat / belajar buat :D
4. DONE!!!!!

Simple kan. Easy-peasy-lemon-squeezy.

Tarikh tutup give away : 17th November 2011 (ESOK!!!!!)
So cepat-cepat!!!!


ps: entri yang mostly guna bahasa baku hehehe